(Source: heartofabeliever)
(Source: resiliens)
This is beautiful. She makes me want to be a better person.A girl who I went to school with. Please take the time to watch this, It’ll open up your heart. REBLOG.
Beautiful, Mashallah.
MashallahThis is so touching, we need more people like this <3
Im going to be honest. I teared up. THIS IS WHAT I WANT TO BE. I will do anything to get where she is, InshAllah.
this was absolutely beautiful, and it did make me cry
Telah berkata Abu Hurairah: Rasulullah SAW bersabda:
“Hai Abu Hurairah, jika kau amat lapar, kau perlu sepotong roti dan seteguk air. Dunia hanyalah kebinasaan belaka.”
Dirawikan dari Abu Darda’, dia peringatkan pemilik kedai seraya berkata, “Tidakkah engkau malu membangun apa yang tidak engkau memikirkan, apa yang tidak pernah engkau temukan serta mengumpulkan apa yang tidak engkau makan? Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu telah gigih membangun, mengumpulkan banyak-banyak dan memikirkan jauh-jauh, tapi akhirnya tempat mereka adalah kubur, angan-angan mereka adalah tipuan belaka dan yang dikumpulkannya binasa.”
[Imam Ghazali :: Mukashafah Al-Qulub :: Bab Panjang Angan-Angan]
Juga kebetulan terjumpa di dalam [Lecture Imam Anwar Al-Awlaki :: Quest for the Truth ~Salman Al-Farisi~]
Kata-kata seorang ayah soleh yang ditinggalkan kepada dua orang anaknya; dalam kisah yang diceritakan Allah di dalam Surah Al-Kahfi; di bawah kisah Nabi Musa bertemu Nabi Khidir a.s. Disalin dari Tafsir Ibnu Katsir, di bawah penerangan ayat 18:82.
Atau secara spesifiknya ia adalah dari Abu Bakar Ahmad bin ‘Amr bin ‘Abdul Khaliq Al-Bazzar dalam musnadnya yang terkenal, dari Abu Dzar, periwayatannya sampai kepada Rasulullah S.A.W.: Bahawa harta simpanan yang disebutkan Allah dalam Kitab-Nya (Al-Qur’an) adalah sebuah lempengan dari emas yang tertulis padanya kalimat:
“Aku merasa hairan kepada orang yang yakin terhadap takdir, mengapa bersusah payah? Dan aku juga hairan kepada orang yang mengingat Neraka, mengapa ia masih bisa tertawa? Dan aku juga hairan terhadap orang yang mengingat kematian, mengapa ia masih bisa lengah? Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah.”
Dari: www.zaharuddin.net (2010)
‘Bohong’ yang diketahui Allah.
Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, amat baik untuk mengingatinya dan dikongsi bersama keluarga, rakan dan taulan. Ringkasan terjemahannya :-
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar “SANG BERANI”
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran”
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar “QARI”
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : “Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu”
Dijawab semula : “Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar “DERWAMAN”
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)
Semoga kita semua dijauhkan dari racun hati oleh si musuh Allah, dan terus istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan dipuji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-
أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه؟ قال: “تلك عاجل بشرى المؤمن
Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin” ( Riwayat Muslim)
Ibn Qayyim pernah berkata : “Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.”
Benarlah, bahawa keikhlasan adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Banyak lagi medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan pelbagai lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar…
Dirawikan bahawa Nabi Isa a.s. berjumpa dengan seorang yang sedang tidur lena dalam selimutnya. Segera dia membangunkannya seraya berkata, “Hai orang yang tidur, bangunlah dan ingatlah kepada Allah.” Orang itu berkata, “Apa yang kau kehendaki dariku. Aku sedang meninggalkan dunia untuk ahlinya.” Lalu Nabi Isa berkata, “Jika demikian tidurlah engkau wahai kekasihku.”
Pernah juga Nabi Musa a.s. melihat lelaki yang tengah tidur di atas tanah, berbantal batu bata namun muka dan janggutnya penuh debu. Nabi Musa a.s. berkata, “Ya Tuhanku, hambamu ini tersia-sia di dunia.” Kemudian Allah memberinya wahyu: “Hai Musa, tidakkah kau tahu jika Aku memandangi seorang hamba, Ku-halangi dia dari dunia seluruhnya.”
Nabi SAW bersabda:
“Kefakiran lebih indah menghiasi orang mukmin daripada tanda yang disimpulkan di ubun-ubun kuda.”
Juga Nabi SAW bersabda:
“Jika salah seorang kamu di waktu pagi sihat dan senang hati ada makanan pula di hari itu, maka seperti dunia seisinya diberikan kepadanya.”